Pages

Thursday, June 7, 2012

dh lame myepi kn..sbb ni laaa....

assalamualaikum w.b.t


dh lame sgt ie xupdate kt personal blog ni...maklumlaa..tsgt la pack..mase yg Allah bg 24jam tu aie gunakan sebaik2nye..haha.. aie skrg ni..dh resign dri kje sbb tekad nk bukak bisnes sendiri... nk wat printing, grafix, handmade .... alhamdulillah..aie dpt family yg sgt2 (nk taip 1000x pun) x cukup ni..haha..nk mgambarkan btapa supportive nye family aie ni...tlalu myokong utk aie bgerak sendiri n bukak bisnes sndiri.mula dgn kecik2 je dulu...skrg ni, studio kecik aie dh siap pmbinaannya...wlupun kecik, tp kosnye yg d bg oleh mak kesayangan aie ni..sudah ckup utk mbuat hati aie mbuak2 utk bgerak sendiri...(ceh..tulis mcm poyo je kn) kahkahkah...  haa..kt bwh ni ade a few gambo yg aie nk share..ni lah die..Mini studio aie...27/5/2012 aritu bru siap spenuhnye... skrg masih lgi dlm proses meng'deco2' kn nye...wiring pun lum complete siap lgi... nant kt sini lah tempat lepak aie..yeah...xpyh dh bsesak2 dlm bilik tdo lgi..yeay~~~





ni bhgian dlm nye yg dh siap...~ very warming...

Thursday, March 8, 2012

MENGAPA HAWA TERCIPTA SAAT ADAM TERTIDUR..?


Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya. Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu (jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut. Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu bererti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang.

Tuesday, November 22, 2011

huhu..lelaki patot bace nih~

Jika kamu memancing ikan..
 Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu. Janganlah sesekali kamu MELEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.  Begitulah juga setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang. Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.. Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu.

 ~Jika kamu menadah air..
 Biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.. Cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak. Tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.. Akhirnya ia dibuang. Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat digunakan lagi.  Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.

  ~Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi..
 Kamu pasti ia baik untuk dirimu. Berkhasiat dan mengenyangkan.. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu tentu akan menyesal..  Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.. Yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. Menyayangi dan mengasihimu kerana Allah.. Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain. Sesal kemudian tak berguna..

Andainye lelaki tahu ~~

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.
Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.
Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“Tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.
Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.
jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.

Wednesday, August 3, 2011

From My Heart to a Canvas

Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati dikala musim berganti.
Cintailah seseorang seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya...
Saya datang untuk mengasihi tidak dengan mencari orang yang sempurna.
Tetapi dengan belajar untuk melihat orang yang tidak sempurna menjadi sempurna!

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah.
Sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas
kurniaan itu. Hidup ini terlalu indah untuk di tangisi. Apa lagi menangis hanya kerana cinta.
Cinta tidak akan datang jika kamu menunggu orang yang sempurna!
Tetapi cinta akan datang jika kamu dapat menerima ketidaksempurnaan seseorang
dan mencintainya dengan cara yang sempurna.

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang,
dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. 
Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita?
Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya.
Itulah namanya Cinta.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan.
Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati.
Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak.
Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka.
Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.

"Cintailah saya dengan seadanya.. Sayangi saya dengan sebaik-baiknya..
Hargailah saya dengan sepatutnya..
Kerana saya akan cintai awak seadanya, menyayangi awak sebaik-baiknya,
menghargai awak sepatutnya!"


Kata2 ni ckup utk menguatkan hati aie selepas ujian yg d turunkn NYA..aie putus tunang n skrg hidup single....tp sgt bhagia dgn kerja & family yg sgt supportive....so..mgkin inilah hikmah d sebalik 1001 dugaan smasa bergelar ' tunangan' org dulu......walaupun dulu tersangat lah kecewa, dan dlm hati ni mmg xde sape yg tahu atau phm,,,cume yg Maha Mengetahui segala-galanye adalah DIA YANG MAHA ESA....btol lah ckp mak aie ' ALLAH XKN TURUNKAN DUGAAN ATAU UJIAN D LUAR KEMAMPUAN HAMBANYA'........DIA yg MAHA MENGETAHUI segalanye mane yg terbaik utk kite.......jd..pd mereka yg senasib dgn aie..korg jgn mudah putus asa ye...korg kene btol2 berserah pd Allah...DIA memang tgh merancang sesuatu yg terbaik utk kite....

Thursday, July 21, 2011

Maru..The Adorable Cat..

GOSH !!!! I LOVE TO SAY THAT I REALLY FALLING IN LOV WITH THIS CUTE ADORABLE CAT!!! name MARU.......u guys should see it by urself...

Maru The Adorable Cat

Tuesday, July 19, 2011

2 x

huhu..seram nye....semalam...mimpi yg xtau nk klasifikasi kn mimpi ni cmne...aduh.......tp dh 2x aie mimpi org yg same..tp kali ni...mimpi di 1 majlis akad nikah...aduh..me n him pkai baju kaler cream..tp ni ke mimp jodoh saye...??hmm..tu la yg menjadi tanda tnye aie skrg ni..haish....tp muke nye samar2...xnmpk sgt..cume aie prasan..die tggi dri aie..n bkulit cerah..agk good looking lah..haish..dan2 mse menaip ni..hati plak dup dap dup dap kn...aduh..lagi lah..tp siyesli..mimpi smlm agak indah...wwwweeeee..siapakah DIA??hmmm...