Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati dikala musim berganti.
Cintailah seseorang seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya...
Saya datang untuk mengasihi tidak dengan mencari orang yang sempurna.
Tetapi dengan belajar untuk melihat orang yang tidak sempurna menjadi sempurna!
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah.
Sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas
kurniaan itu. Hidup ini terlalu indah untuk di tangisi. Apa lagi menangis hanya kerana cinta.
Cinta tidak akan datang jika kamu menunggu orang yang sempurna!
Tetapi cinta akan datang jika kamu dapat menerima ketidaksempurnaan seseorang
dan mencintainya dengan cara yang sempurna.
Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang,
dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat.
Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita?
Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya.
Itulah namanya Cinta.
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan.
Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati.
Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak.
Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka.
Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.
"Cintailah saya dengan seadanya.. Sayangi saya dengan sebaik-baiknya..
Hargailah saya dengan sepatutnya..
Kerana saya akan cintai awak seadanya, menyayangi awak sebaik-baiknya,
menghargai awak sepatutnya!"
Kata2 ni ckup utk menguatkan hati aie selepas ujian yg d turunkn NYA..aie putus tunang n skrg hidup single....tp sgt bhagia dgn kerja & family yg sgt supportive....so..mgkin inilah hikmah d sebalik 1001 dugaan smasa bergelar ' tunangan' org dulu......walaupun dulu tersangat lah kecewa, dan dlm hati ni mmg xde sape yg tahu atau phm,,,cume yg Maha Mengetahui segala-galanye adalah DIA YANG MAHA ESA....btol lah ckp mak aie ' ALLAH XKN TURUNKAN DUGAAN ATAU UJIAN D LUAR KEMAMPUAN HAMBANYA'........DIA yg MAHA MENGETAHUI segalanye mane yg terbaik utk kite.......jd..pd mereka yg senasib dgn aie..korg jgn mudah putus asa ye...korg kene btol2 berserah pd Allah...DIA memang tgh merancang sesuatu yg terbaik utk kite....
No comments:
Post a Comment